Lama CikSha tak update kan? So, hari ni CikSha nak bagitau kat korang tentang produk yang terdapat di Kiosk Gojes. Kiosk Gojes masih mengekalkan konsep menjual produk tempatan buatan muslim seperti dulu lagi tau.
Kat sini CikSha hanya kongsikan produk yang CikSha guna/makan je tau. Produk makanan lebih mengungguli carta sebab pemilik Kiosk Gojes ni suka makan. Hahaha. Korang pun mesti suka jugak kan? Produk makanan yang CikSha jual opkoz la sedap uolsss. CikSha cuma jual yang memang CikSha makan dan berpuas hati dengan kualiti je tau.
Selain produk makanan, CikSha ada juga jual produk yang berkaitan dengan benda kreatif. Lagipun ada plan untuk buat set gift box. Kalau korang nak cari hadiah surprise untuk kesayangan, mai cari kat Kiosk Gojes okay! CikSha akan buat yang terbaik untuk korang.
Sebagai ompompuan, produk kecantikan mestilah salah satu kategori yang CikSha berminat untuk kongsikan dengan korang. Mana tahu korang pun suka pakai benda yang sama juga.
Satu lagi, CikSha akan racun juga korang dengan buku! Biar sama-sama jadi ulat buku macam CikSha. Membaca tu amalan mulia tau. Dapat buat otak aktif tak cepat tua juga.
Nanti skodeng la catalog dalam Kiosk Gojes ni tau. Lepas tu roger je okay!

0 Ulasan