Assalamualaikum. Hai!


Dah berkurun CikSha biarkan blogshop ni terbengkalai. Dasar pemalas! Hihi. Kemain lagi kat entri lepas nak rajin update kononnye. Tapi hampehhh. Entahlah. Bukan tak jalan bisnes ni. Tapi selow la dah tuannya pun tak agresif. Memain je. Tak bersungguh langsung. Kat medsos lain yang konon duk buat free cost marketing pun sesekali je update. Sabo je la. Lepas tu macam mana sale nak masuk menderu-deru. Sendiri yang salah.  Memang penyakit orang introvert cenggini kot eh? 😌


Tapi, sekarang CikSha dah kembali bersemangat. Gittew. Harapnya semangat ni terus membara la. Tak hangat-hangat tinja ayam lagi. Huhu. InsyaAllah nak pergi jauh dengan bisnes online ni sebenarnya. Banyak harapan yang tergantung tak terlaksana lagi sebab asyik duk memain je kan berniaga nye pun. Semoga Allah sentiasa bagi kelapangan pada CikSha untuk dapat buat yang terbaik dalam bisnes online ni.


Jadi sebagai permulaan, CikSha sedang renovate blogshop Kiosk Gojes ni dengan dengan wajah baru yang lebih elegant dan smart. Macam tuan dia ni la. Aiseh. Sibuk je nak menyelit up diri sendiri kan. Hihi. Siapa yang dah kenal dan lama follow CikSha confirm dah 'masak' sangat dengan perangai CikSha yang satu ni. 😝


Ini wajah lama Kiosk Gojes


Kalau wajah lama blogshop ni dulu sweet pinky bunga-bunga macam di atas. Kali ni ubah sikit buat macam kedai e-commerce gituh. Bagi nampak kemas sikit. Nanti kalau ada yang tersinggah kat sini boleh la belek satu-satu pasal semua produk yang CikSha duk dagangkan tu. Masih on progress lagi. Takpa slowly kita siapkan. Buat sendiri ni cemtu la. Ambil template free pun ada je nak adjust bagi kena dengan citarasa sendiri.


InsyaAllah lepas ni korang nak shopping pun senang dah. Direct je terus klik klik. Nak shopping kat shopee atau berhubung dengan CikSha kat whatsapp. Dah dapat maklumat semua pasal produk kat sini kan. Boleh la terus je meminang kesayangan-kesayangan CikSha ni. So easy right?


Nanti CikSha update blogshop ni dengan info produk, testimoni dan feedback pelanggan secara berperingkat. InsyaAllah. Doakan CikSha istiqamah ye. Sekarang ni duk cuba nak istiqamah update medsos lain macam FB Page dengan Instagram yang CikSha buat khas untuk setiap produk jualan CikSha ni. Haa, tengok punya gigih dan excited nak berbisnes berlambak platform CikSha buka. Haha. Harap tak sendu la hendaknya.


So, happy shopping korang! Terima kasih kat yang pernah dan masih lagi bermuamalah dengan CikSha. Sayang korang ketat-ketat. 💗